Thursday, May 13, 2010

PRK SIBU

Masyarakat Cina, Melayu Sibu dapat durian runtuh


2010/05/13

NAJIB diiringi calon BN, Robert Lau  (kiri) bersalaman dengan pengurusan sekolah dan guru  pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik di Sibu, semalam.
NAJIB diiringi calon BN, Robert Lau (kiri) bersalaman dengan pengurusan sekolah dan guru pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik di Sibu, semalam.

PM lulus segera peruntukan pertingkat kebajikan penduduk

SIBU: Masyarakat Cina dan Melayu di sini menerima ‘durian runtuh’ apabila Datuk Seri Najib Razak yang tiba untuk lawatan rasmi dua hari bermula semalam, meluluskan segera peruntukan bagi kepentingan kedua-dua kaum itu.


Bagi masyarakat Cina, Perdana Menteri bukan saja meluluskan peruntukan RM18 juta untuk 65 sekolah bantuan Cina dan dua sekolah kebangsaan di bandar ini, malah menyerahkan terus cek itu pada satu majlis, petang semalam.


Pada satu majlis lain di Masjid An Nur, malam tadi, Najib mengumumkan sumbangan Kerajaan Persekutuan dan negeri berjumlah RM6.6 juta bagi kebajikan masyarakat Islam termasuk bagi pembinaan dua masjid baru.

Hari ini, masyarakat Iban akan menerima kunjungan Perdana Menteri apabila menghadiri majlis mesra bersama mereka di Rumah Panjang Sebastian Onggoh, Pasai Besar di Jalan Teku Sibu.

Bagi masyarakat Cina, peruntukan terbesar berjumlah RM10 juta diberikan kepada 60 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C); RM5 juta untuk lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, SMJK (C); RM2 juta lagi bagi membina bangunan baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan (SMK) Sacred Heart dan RM1 juta untuk membiayai pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan St Mary.

Pengumuman Najib yang dibuat pada majlis ramah mesra dengan United Association of Chinese Secondary School (UACSS) dan United Association of Chinese Primary Aided School (UACPAS) disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan 1Malaysia daripada lebih 2,000 warga pendidik yang hadir.

Najib berkata, beliau tidak perlu meyakinkan masyarakat Cina mengenai kepentingan pendidikan kerana beliau sedar bagi kaum Cina pendidikan adalah segala-galanya dan kaum itu sanggup mengorbankan apa saja demi pendidikan.

"Tetapi anda (sekolah Cina) juga perlukan bantuan kerajaan. Apakah saya tidak betul?. Biar saya tanya anda ini, siapakah kawan sebenar pendidikan Cina di negara ini.

“Ketika saya Menteri Pelajaran pada 1996, apabila Akta Pelajaran dipinda, saya mengambil risiko politik ketika itu dengan menggugurkan Seksyen 21(2) untuk menjadikan Sekolah Cina sebagai Sekolah Kebangsaan," katanya ketika berucap pada majlis itu, yang turut dihadiri calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew


Kaum Iban dapat 'ole-ole' kerajaan


Muhyiddin Yassin melambai tangan kepada penduduk kampung ketika meninjau Rumah Panjang Baseh ketika program bersama masyarakat Iban di Bawang Assan, Sibu, semalam.


SIBU 13 Mei - Jika semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 'ole-ole' untuk kaum Cina Sibu, hari ini timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan habuan untuk kaum Iban sebagai bukti mereka dihargai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Peruntukan sebanyak RM926,200 bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban itu diumumkan oleh Muhyiddin di Bawang Assan di sini.

Beliau berkata, peruntukan yang diluluskan Perdana Menteri itu termasuk RM500,000 bagi menaik taraf laluan papan di 29 rumah panjang dan bantuan kewangan RM600 bagi setiap daripada 527 keluarga Iban di situ.

Selain itu, RM60,000 diluluskan bagi membaiki sebuah dewan badminton dan RM50,000 bagi membaiki sebuah gereja Methodist yang terletak berhampiran rumah panjang tersebut.

''Semua peruntukan ini akan disalurkan dalam beberapa hari lagi. Kita (kerajaan BN) buat apa yang kita cakap dan kita tunaikan apa yang kita janji," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat bersama Masyarakat Iban di Rumah Panjang Baseh, Kampung Bawang Assan dekat sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dan Tuai Rumah, Baseh Jelian.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga sanggup menubuhkan taman didikan kanak-kanak (tadika) di rumah panjang itu dan melantik tenaga pengajar dari kawasan itu.

''Di Sarawak kita sudah memilih empat prasekolah untuk ditempatkan di rumah panjang. Semua yang kita lakukan ini bukan kerana pilihan raya, tetapi berdasarkan keperluan dan kita sediakan," kata beliau.

Semasa berucap pada majlis tersebut, kemenangan skuad badminton negara menentang skuad Denmark menjadi perhatian kerana ketika itu ada permintaan penduduk rumah panjang untuk kerajaan menyalurkan peruntukan membaiki gelanggang badminton.

''Nasib baik Hafiz menang, kita mahu semangat seperti Hafiz di rumah panjang ini dan kita luluskan RM30,000 untuk membaiki gelanggang badminton di rumah panjang ini," kata beliau disambut tepukan gemuruh.

Beliau sehubungan itu menasihatkan penduduk di rumah panjang tersebut untuk menentukan masa depan mereka dengan memilih calon yang berkeupayaan daripada parti yang terbukti membantu mereka.

''Kita ini sudah berusia, saya dalam dua hari lagi akan menyambut ulang tahun ke-63. Apa yang penting ialah masa depan anak-anak kita. Janganlah tuan-tuan memilih parti untuk diri sendiri, tapi pilihlah parti untuk masa depan anak-anak," jelas beliau.


Lulus RM500,000

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/05/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SIBU: Penantian penghuni Rumah Panjang Baseh untuk menikmati kemudahan lebih selesa akhirnya tercapai apabila kerajaan bersetuju meluluskan beberapa peruntukan termasuk RM500,000 kepada 29 rumah panjang bagi memperbaiki kerosakan pelantar pejalan kaki berkuat kuasa serta-merta.

Berita gembira itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sesi lawatan ke rumah terbabit petang semalam selepas melihat beberapa masalah yang dihadapi penduduk.


Muhyiddin berkata, beberapa pemimpin rumah panjang mengadu masalah kepada beliau untuk meminta menyelesaikan masalah dihadapi dan kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan.


“Apabila tiba di sini (di Sibu), saya melihat mereka memerlukan kemudahan bukan saja penduduk di Bawang Assan, tapi juga di kawasan lain. Kebanyakan masalah dihadapi hampir sama.


“Jadi, keputusan kerajaan buat (dengan meluluskan peruntukan ini) supaya keadaan penduduk rumah panjang di sini dan di tempat lain berada dalam keadaan lebih selesa.


“Kita sudah melantik beberapa syarikat yang akan mulakan kerja dalam tempoh beberapa hari lagi supaya ia siap seberaap segera,” katanya ketika berucap pada sesi pertemuan dengan pengundi di Bawang Assan sambil diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.


Dalam ucapan itu, beliau turut mengumumkan sejumlah RM316,200 peruntukan bagi membantu 527 keluarga rumah panjang dengan kadar RM600 setiap satu berkuat kuasa segera.


Beliau turut menghulurkan bantuan sejumlah RM50,000 kepada sebuah gereja yang terletak sekitar rumah panjang terbabit.


“Ini sebahagian daripada usaha kerajaan kerana kita tidak sekadar bercakap sebaliknya melaksanakan kerja membantu rakyat. Lagipun, ini sebahagian saja kalau kita melihat ada lagi peruntukan diperlukan termasuk membaik pulih dewan badminton,” katanya sambil mengumumkan bahawa sejumlah RM60,000 diperlukan untuk membaik pulih dewan berkenaan.

Beliau berkata, demi melihat masa depan penghuni rumah panjang terjamin, kerajaan bersedia menghulurkan bantuan termasuk mewujudkan kelas tadika dan prasekolah.


“Saya hendak beritahu kalau di sini memerlukan kelas tadika atau kelas prasekolah, saya akan bangunkan di rumah ini. Kita akan bina di mana lokasi yang dianggap sesuai.


“Untuk itu, anak kita yang berusia antara empat dan lima tahun, mereka akan dihantar belajar di sini. Begitu juga tenaga pengajar, kalau mereka boleh menjadi guru dan didapati layak, kita boleh bayar gaji kepadanya,” katanya



Persatuan Ibu Tunggal Sibu dapat RM100 ribu

15/05/2010 11:09am

SIBU 15 Mei - Persatuan Ibu Tunggal Sibu mendapat peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi membantu ahli-ahlinya membuka perniagaan untuk menjana ekonomi keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, persatuan itu yang mempunyai lebih seribu orang ahli akan menerima bantuan peruntukan tersebut dalam tempoh dua minggu. - Utusan

Hampir seluruh anggota Kabinet Persekutuan turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat

SALAM PERUBAHAN KAPADA WARGA P212 SIBU , SALAM PERJUANGAN KPD REFORMIS-REFORMIS, SALAM AMAR MAKHRUF NAHI MUNGKAR SAHABAT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN...ESOK WARGA SIBU YG MENDAFT5AR SBG PENGUNDI AKAN MENGELUAR MENGUNDI...MRK DIBERI DUA PILIHAN..UNDI KERANA WANG ATAU UNDI UNTUK PERUBAHAN.....

Penduduk di Sibu tidak pernah menyaksikan hampir seluruh anggota Kabinet Persekutuan turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat, termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu-Melanau.


Mereka hairan mengapa lebih daripada 20 orang anggota kabinet perlu turun padang untuk menumbangkan hanya seorang calon DAP? Begitu kuatkah pengaruh pengerusi DAP Sarawak itu sehingga perdana menteri perlu turun ke bandar Foochow ini sebanyak tiga kali dalam tempoh yang relatif singkat. Itu belum lagi mengambil kira jumlah ahli politik dan menteri Sarawak, serta seluruh instrumen dan agensi kerajaan yang terpaksa dikerah untuk memujuk dan menundukkan pengundi di Sibu.

Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) di kawasan yang mempunyai 54,695 pengundi ini. Meskipun dikuasai mendiang Datuk Robert Lau, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan dari parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selama lima penggal sejak 1990, namun majoriti yang dimenanginya pada 2008 tidaklah begitu menggembirakan.

BN sedar akan risiko yang bakal ditanggung jika mereka tidak bekerja keras untuk menggerakkan seluruh jentera pilihan raya kali ini. Itulah sebabnya, segala langkah diambil untuk memujuk pengundi agar menyokong calon SUPP Robert Lau Jr.


Setiap kaum mempunyai rungutan dan masalah masing-masing. Sebahagian besar daripada 8,665 pengundi Iban di rumah panjang kecewa kerana kerajaan BN dipersepsi meminggirkan mereka. Jika tidak, bagaimanakah sesudah lebih 45 tahun merdeka, masih ada yang merungut BELUM LAGI menikmati bekalan air bersih, elektrik dan jalan berturap. Iban hidup melarat


Menteri Persekutuan yang berjumpa dengan pengundi yang sebahagiannya miskin dan papa kedana terkejut melihat keadaan rumah panjang yang daif dan kehidupan sebahagian orang Iban yang melarat. Melayu-Melanau di kawasan DUN Nangka pula kecewa dengan sikap wakil rakyat sehingga gagal memahami aspirasi dan masalah mereka.

Manakala 36,494 pengundi Cina pula mempunyai persepsi yang negatif terhadap dasar kerajaan yang dianggap tidak adil sehingga merugikan mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan di sektor swasta. Bagi mereka, kerajaan menganggap mereka seolah-olah anak tiri meskipun tinggal di bawah rumah yang sama.

Pada pillihan raya kecil parlimen Sibu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada mereka dijangka menyokong DAP. DAP dilihat berani, lantang dan mampu menyuarakan kepentingan dan masalah mereka.

SUPP pula, yang dibelenggu oleh masalah dalaman yang belum selesai, dianggap gagal menyelesaikan masalah mereka. Malah, parti Cina Sarawak itu dikatakan tidak berani membangkitkan isu dan masalah yang dianggap sensitif, kerana takut menyinggung perasaan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, yang telah berkuasa selama 29 tahun.

Tidak hairanlah, antara kata-kata yang terdapat di kain rentang di bandar 270,000 penduduk ini ialah 'Undi SUPP = Undi Taib'. DAP menyifatkan kepemimpinan Taib semarak dengan nepotisme, kronisme dan penyelewengan, khususnya dari segi agihan sumber kekayaan negeri.

Pengundi Cina sebanyak 66.7 peratus sudah mendahului rakan mereka di Semenanjung dari segi pola pengundian. Pada pilihan raya negeri 2006, enam kerusi SUPP terlepas ke tangan DAP kerana isu kenaikan harga minyak dan isu tanah yang dianggap merugikan mereka.

Masalah banjir
Mereka kecewa dengan kerajaan kerana gagal menangani masalah banjir di Sibu. Banjir kerap melanda bandar ini setiap kali hujan lebat. Bagi memujuk hati pengundi, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk melaksanakan projek tebatan banjir.


Manakala isu ketiadaan universiti ditangani dengan rancangan untuk menaikkan taraf Kolej Laila Taib menjadi kolej universiti menjelang 2012. Tetapi DAP mengkritik SUPP kerana menjual kolej itu kepada pihak Yayasan Sarawak dengan harga RM1, tanpa mempedulikan perasaan dermawan Cina yang telah menyumbang kepada kewujudan kolej itu.

Kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana, serta puluhan menteri dan timbalan menteri Persekutuan dan negeri, untuk menyelesaikan masalah rakyat menimbulkan pertanyaan. Mengapakah masalah berkenaan seolah-olah hanya cuba diselesaikan menjelang pilihan raya?

Mengapakah kerajaan BN kelihatan begitu bermurah hati waktu berkempen? Namun sejauh manakah projek mi segera dan penyelesaian ala bomba memadamkan kebakaran itu, berjaya memujuk pengundi? Dalam tempoh 10 hari lalu, beratus-ratus juta ringgit nilai projek diumumkan bagi memujuk rakyat.


Melayu-Melanau kecewa

Alangkah hausnya pengundi di Sibu ini terhadap projek pembangunan walaupun slogan politik pembangunan Taib telah didendangkan sekian lama. Hakikatnya, meskipun pengundi Iban dan Melayu-Melanau kecewa, mereka tetap merupakan pendukung kuat BN.

Dengan rekod yang tidak memihak kepada pembangkang dalam pilihan raya kecil selama ini dan sikap pengundi Bumiputera luar bandar yang begitu setia kepada kerajaan, dijangka sekitar 75 peratus daripada 40 peratus keseluruhan pengundi Bumiputera akan tetap menyokong BN.


BN begitu berjaya membenamkan ke dalam minda pengundi terbabit konsep kebergantungan sehingga minda mereka tertawan oleh BN. Golongan ini ialah pengundi tegar yang menganggap politik pembangunan masih relevan.

Politik pembangunan masih lagi mengambil tempat utama di kawasan Sibu ini, ketika mereka masih lagi memerlukan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, api dan jalan berturap. Sedangkan bagi pengundi Cina di bandar, isu berkaitan sudah lama diselesaikan.


Pengundi Cina lebih selesa bercakap tentang isu tadbir urus yang baik, ketelusan, rasuah, ekonomi, pendidikan dan isu nasional yang lain. Bagi pengundi Bumiputera di rumah panjang, isu ini terlalu abstrak dan tidak meninggalkan sebarang kesan.


Bergelut untuk hidup
Bagaimankah Pakatan Rakyat dapat mempengaruhi pengundi terbabit ketika sebahagian mereka masih bergelut untuk hidup? Kemiskinan dan kesukaran mencari pekerjaan di Sibu-lah yang menjadi punca anak muda mencari peluang pekerjaan sejauh Singapura dan Kuala Lumpur. Siapakah yang mahu memerah tulang empat kerat di ladang kelapa sawit dengan gaji kurang RM20 sehari? Hanya buruh asing terutama dari Indonesia yang sanggup melakukannya.


Ketiadaan golongan muda di Sibu menguntungkan BN, kerana rata-rata, kerana pendidikan dan pendedahan kepada media alternatif, mereka menjadi anti-BN. Jentera BN terlalu hebat untuk dilawan oleh Pakatan Rakyat. Laporan media tidak memihak kepada mereka, apatah lagi tiga akhbar tempatan dikaitkan dengan keluarga calon SUPP, saya meramalkan DAP akan memenangi kerusi P212 Sibu esok dgn majoriti antara 350 ke 500 undi...sahabat-sahabat pula meramalkan siapa yg menang dgn jumlah majoriti berapa....Mlm ini DS Najib turun lagi ke Sibu untuk kali ketiganya...belum pernah dlm sejarah pilihanraya kecil PM turun berkempen dgn begitu agresif sampai turun untuk kali ketiga.....gambaran betapa gerun dan kecutnya umno/bn kini....



Friday, April 9, 2010

BN Turun bila Pilihanraya Tiba

Tuesday, 06 April 2010 3:32 PM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) hanya turun dan membantu rakyat apabila tibanya pilihanraya seperti yang terjadi di Hulu Selangor ketika ini.

"Berbanding kerajaan negeri yang konsisten membantu rakyat, kerajaan BN hanya turun ke Hulu Selangor didorong oleh Pilihanraya Kecil (PRK) Hulu Selangor," kata Exco Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Samad kepada Erapakatan.

"Tentang pemberian geran tanah, ramai yang tertinggal dan tidak mendapat geran itu.

"Apabila diselidik rupa-rupanya mereka tidak mendapat geran itu kerana mereka bukan penyokong UMNO dan BN,"jelas Iskandar Samad.

Menurut Iskandar, Kerajaan negeri Selangor yang dierajui oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sentiasa memastikan semua yang berhak mendapat hak mereka tanpa ada sebarang pilih kasih dan tidak memilih mana-mana parti politik. Ini adalah kerana rakayat yang berlainan parti yang tidak sama parti dengan parti yang membentuk kerajaan negeri juga adalah berhak dan dengan itu sepatutnya mendapat hak mereka dan bukannya dinafikan seperti yang diamalkan oleh BN.


Dr Chua Soi Lek, yang baru-baru ini terpilih sebagai Presiden MCA apabila ditanya "Kenapa pemimpin-pemimipin BN hanya turun padang bertemu dengan rakyat, pergi kesegala ceruk rantau kesegenap desa dan kesegenap kampung apabila menjelang pilihnraya tetapi tidak menjalankan sebarang program untuk membolehkan rakyat Hulu Selangor bertemu dengan wakil-wakil rakyat yang telah memenangi Kesemua DUN Hulu Selangor itu, yang mana kesemua wakil rakyat itu adalah dari BN, ketiga-tiganya wakil rakyat BN sebaik sahaja memenangi pilhan-pilihanraya yang lalu?".


Jawapan yang diberikanny adalah cukup mudah iaitu "TAKKANLAH WAKIL-WAKIL RAKYAT ITU KENA MENJADI PEGAWAI KEBAJIKAN RAKYAT YANG MEMERLUKANNYA SETIAP HARI TURUN BERTEMU DENGAN RAKYAT, MENDENGAR MASALAH RAKYAT, ....."


Oooh begitu rupanya sikap wakil-wakil rakyat BN, mereka hanya berminat untuk duduk dikerusi empuk, menaikki kenderaan mewah, mendiami rumah agam bagaikan istana dan hanya berminat untuk kerja-kerja terhormat merasmikan majlis-majlis sesuai dengan gelaran YANG BERHORMAT tetapi tidak berminat dengan kerja-kerja sebagai YANG BERKHIDMAT untuk rakyat yang memilih mereka, yang mengundi mereka dan yang mengangkat mereka menjadi YB.


Kepada mereka, wakil-wakil rakyat BN ini, biarlah rakyat dengan masalah mereka, selesaikan sendiri masalah yang mereka hadapi dan kita wakil-wakil rakyat BN hanya akan turun berhadapan dengan rakyat, berjumpa dengan mereka untuk mendengar masalah rakyat, membantu mereka dan menyelesaikan masalah mereka apabila pilihanraya menjelang tiba.


Masa itulah rakyat akan dilayan bagaikan raja, segala permintaan mereka akan dilayan dengan sebaik mungkin, mana yang sempat diselesaikan dengan segera
, mana yang yang tak sempat dan yang mana memerlukan pembiayaan yang besar cukuplah dengan janji yang akan dilaksanakan selepas pilihanraya, kerana rakyat terutamanya orang-orang Melayu mudah dipujuk, mudah tergoda dengan janji-janji indah dan orang-orang Melayu juga mudah lupa dengan janji-janji yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin mereka dan orang-orang Melayu juga adalah mudah memaafkan.


aduhai pemimpin-pemimpin besar BN, aduh duh duh!

Pengundi adalah 'raja' - TPM


MUHYIDDIN Yassin menyerahkan replika cek RM3 juta kepada Wong Koon Mun (kiri) bagi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Tangga di Bukit Sentosa, semalam.


HULU SELANGOR 16 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) menganggap semua pengundi adalah 'raja' yang bakal menentukan nasib parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Oleh itu, kata Timbalan Perdana Menteri, semua pengundi penting bagi BN tanpa menjuruskan kepada sesuatu kaum sahaja.

"Atas sebab itulah kita akan mengunjungi kawasan yang ada pengundi sama ada di dalam bandar atau luar bandar. Kita akan dengar cerita daripada mereka dan akan mengambil langkah untuk memberi maklum balas, penjelasan ataupun bantuan.


"Bagi saya memang wajar kita mengambil langkah sedemikian kerana setiap masyarakat di sini mempunyai permasalahan sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan sebanyak RM3 juta bagi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Tangga di Bukit Sentosa, di sini, hari ini.



NAJIB: SEPANJANG MENJADI TPM TIDAK PERNAH DATANG KE HULU SELANGOR!

Menurut Pengarah Strategik PKR, Tian Chua Chang Datuk Seri Mohd Najib sebelum ini, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau tidak pernah datang di Hulu Selangor.

Tetapi apabila ada desas-desus awal tahun 2010 yang pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor bakal diadakan berikutan keadaan ahli parlimennya, Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad (KeADILan) yang menjalani pembedahan di Hospital Pantai, dengan tiba-tiba Datuk Seri Mohd Najib mengadakan satu program Umno di kawasan itu.

Sedangkan sebelum ini, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau tidak pernah datang di Hulu Selangor sejak 10 tahun lalu termasuklah di era Abdullah Ahmad Badawi. Hanya sejak itulah barisan kepimipinan UMNo dan BN mula mendampingi rakyat.


Hanya sejak itu baru bertanyakan masalah yang dihadapi oleh rakyat Hulu Selangor. Rupa-rupanya para pemimpin BN mencari udang disebalik mi. Tak ada mi, tak datang. Tak ada pilihanraya tak datang, tak dekati rakyat, tak ambil tahu masalah rakyat. Dah nak pilihanraya barulah datang!. Dah terpaksa menagih simpati undi dari rakyat Hulu Selangor
.


Hakikatnya, BN sememangnya begitu, banyak janji yang dibuat pada pilihan raya umum termasuklah di Hulu Selangor tidaklah ditunaikan, tetapi apabila hendak diadakan pilihan raya di kawasan itu, barulah BN hendak menunjukkan keprihatinan yang luar biasa.


Senario ini membuktikan BN tidak boleh menjadi sandaran kepada rakyat untuk membela nasib rakyat. Sebaliknya, rakyat perlu memberi peluang kepada PAKATAN RAKYAT yang berjuang UNTUK RAKYAT bukkannya kepada BN yang berjuang untuk menambahkan lagi kekayaan mereka dan seterusnya menyimpan duit mereka diluar NEGARA!



ADA PRK HULU SELANGOR BARU NAK BAGI HADIAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR UPSR DAN PMR!

Oleh MD FUZI ABD LATEH
mdfuzi@hmetro.com.my
2010/04/04


KUALA KUBU BHARU: Tidak kira siapa calon dipilih, yang lebih penting calon itu membawa simbol Barisan Nasional (BN), demikian amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

“Yang penting adalah simbol BN sebab ketua kepada BN adalah saya sebagai Perdana Menteri ” katanya ketika berucap melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi, di sini, semalam.


Turut hadir, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.


Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 700 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daerah Hulu Selangor tahun lalu.


Selain melancarkan YKE, beliau berkunjung ke majlis perkahwinan anak tempatan, bertemu masyarakat Cina dan Orang Asli di Kuala Kubu Bharu dan meninjau masalah penduduk di Taman Bukit Teratai, Bukit Beruntung.


ULASAN:

Kenapa sekarang bila ada PRK Hulu Selangor baru nak bagi hadiah. Kenapa tidak dalamasa satu bulan selepas keputusan PMR dan UPSr di umumkan? Kenapa sebelum ini tiada bantuan kewangan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan UPSR dan PMR? Kenapa? Kenapa?


Kenapa sekarang bila ada PRK Hulu Selangor baru berkunjung ke majlis perkahwinan anak tempatan, bertemu masyarakat Cina dan Orang Asli di Kuala Kubu Bharu dan meninjau masalah penduduk di Taman Bukit Teratai, Bukit Beruntung.? Kenapa? Kenapa?


BUKANKAH ITU MENUNJUKKAN YANG MEREKA HANYA JADI JUARA RAKYAT APABILA ADA PILIHANRAYA! Lepas itu, batang hidung pun tak nampak!

BN MULA MENGHAMPIRI PENGUNDI, MULA BERJUMPA, BARU MERAYU, MEMINTA PERTOLONGAN RAKYAT BILA PILIHANRAYA DAH TIBA! Tapi sebelum tu dot, dot, dot.

Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my

2010/04/19
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel


KUALA KUBU BHARU: Kesan, jumpa dan rayu! Demikian pendekatan digunakan Pemuda Barisan Nasional (BN ) dalam usaha memastikan generasi muda pengundi dalam Parlimen Hulu Selangor supaya menyokong calon mereka, P Kamalanathan.


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor yang juga Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan untuk menggerakkan jentera dan mengesan pengundi muda terbabit.


“Persiapan Pemuda BN berjalan dengan baik selepas sudah mula bergerak sejak dua tiga minggu lalu dan saya yakin dengan kerjasama daripada parti komponen, kita akan dapat menggerakkan jentera dan mencari pengundi muda.


Sekarang kita dalam proses mencari pengundi muda dan setiap hari, kita membuat mesyuarat penyelarasan untuk memastikan dapat mengenal pasti dan mencari pengundi mereka.


“Kita ada senarai nama pengundi muda yang sudah dibahagikan mengikut kaum, umur dan jantina. Sekarang kita akan menggunakan setiap cawangan sama ada Umno, MCA dan MIC untuk mencari tempat duduk mereka dan kalau boleh berjumpa dengan mereka,” katanya.


Ahli Parlimen Rembau itu berkata, salah satu pendekatan Pemuda BN adalah mengesan pengundi muda manakala pendekatan kedua adalah berjumpa serta merayu mereka mengundi calon BN.


Beliau berkata, sekiranya pengundi terbabit dikesan berada di luar kawasan Hulu Selangor, pihaknya akan menggunakan jentera Pemuda Selangor dan Pemuda Wilayah untuk berjumpa mereka.


“Kita percaya, sebahagian besar pengundi muda yang berada di luar kawasan Hulu Selangor itu tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur serta tidak ramai yang berada di negeri lain.


“Kita sudah bagi arahan kepada setiap Pemuda bahagian di Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk mencari pengundi yang tinggal di bahagian lain selain Hulu Selangor.


APABILA ADA PILIHANRAYA, PELBAGAI SUMBANGAN PUN TIBA! TAK ADA PILIHANRAYA, APA-APA PUN TIADA! BAGI BN ITULAH CARANYA! UNTUK MEMUJUK RAKYAT JELATA! SUPAYA TETAP MENGUNDINYA!


Rosmah turut berkempen di Felda Soeharto


Rosmah Mansor menyampaikan hadiah kepada Ain Nur Balqis sambil diperhatikan Shahrizat Jalil pada Program Sentuhan Kasih 1Malaysia di Felda Soeharto, Hulu Selangor, semalam.

HULU SELANGOR 22 April – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak melepaskan peluang berkempen bagi meraih undi penduduk di Felda Kampung Soeharto bagi calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan.

Ketika merasmikan Program Sentuhan Kasih 1Malaysia anjuran Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) di sini hari ini, beliau meminta penduduk memilih Kamalanathan yang sudah berjanji untuk berusaha keras demi kepentingan masyarakat.


Pada majlis itu, Rosmah turut menyerahkan sumbangan kepada tujuh pusat Pemulihan Dalam Komuniti di kawasan Parlimen Hulu Selangor bagi membiayai kos program latihan dan aktiviti masing-masing.

Pada majlis yang sama, Ahmad Ketua Penerangan UMNO menyerahkan surat pinjaman perumahan kepada 49 penduduk dari empat rancangan Felda di kawasan Hulu Selangor.

Katanya, peruntukan itu sudah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau datang sini awal bulan ini.

Jumlah keseluruhannya ialah RM6.1 juta bagi 158 peneroka sekitar Hulu Selangor.

“Tujuannya untuk menceriakan dan mengindahkan rumah peneroka dan hasrat Datuk Najib agar tak ada lagi rumah-rumah asal macam dulu. Kita juga nak jaga kebajikan mereka dan nak adakan perubahan pada kehidupan mereka,” katanya.

Ahmad berkata purata RM30,000 dan RM40,000 pinjaman tanpa faedah diberikan kepada peneroka yang layak dan ia perlu dibayar dalam masa 20 tahun pada kadar kurang daripada RM300 sebulan. – BERNAMA


BN HANYA BEKERJA KUAT SEMASA PILIHANRAYA SAHAJA!

Bekerja hingga saat terakhir

HULU SELANGOR 22 April - Jentera Barisan Nasional (BN) perlu bekerja sehingga ke saat akhir walaupun tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tinggal dua hari lagi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, walau apa jua berlaku sekalipun, BN perlu mendekati rakyat bagi membuktikan parti itu benar-benar membela nasib rakyat bukan sahaja di Hulu Selangor malah di seluruh negara.

''Selagi tempoh kempen belum berakhir, kita perlu bekerja kuat untuk mendekati rakyat. Ceramah sahaja tidak mencukupi, begitu juga dengan bantuan yang diberi.

''Apa yang penting, kita bekerja kuat sehingga ke saat terakhir mendekati rakyat bagi membuktikan kepada rakyat BN adalah pejuang dan juara rakyat yang sebenarnya," katanya. (BN JUARA RAKYAT MASA PILIHANRAYA!)

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kepada rakyat miskin, ibu tunggal dan orang sakit di Kampung Melayu Rasa Tambahan dan Kampung Sentosa, Batang kali di sini hari ini.



Sekali lagi Pengundi jadi 'raja' sempena PRK Hulu Selangor! Inilah buktinya!


Penantian bekas-bekas peneroka selama 15 tahun pun berakhir apabila ada PRK!


Najib Tun Razak bersama masyarakat Cina menunjukkan simbol 1Malaysia setiba beliau di pekan Ulu Yam Baru, Hulu Selangor petang semalam.– Utusan/Ismail kamadin


HULU SELANGOR 23 April – Penantian 15 tahun bekas peneroka Felda Sungai Buaya berakhir hari ini serentak dengan pengumuman ‘empat bonus’ kepada bekas peneroka dan penduduk sekitar Sungai Buaya oleh Perdana Menteri.

Paling menggembirakan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pampasan dengan bayaran pendahuluan RM50,000 ke atas tanah milik bekas peneroka yang diambil oleh sebuah syarikat swasta dan tertangguh sejak 15 tahun lalu.

Perdana Menteri berkata, pampasan berkenaan akan diagihkan kepada 100 bekas peneroka yang masih hidup, manakala bagi 263 orang yang sudah meninggal dunia, akan diserahkan kepada waris mereka.


(Maknanya belum diberikan kepada peneroka! Ingatkan dah diberikan kepada peneroka-peneroka itu, tetapi belum lagi, itu bermakna ianya hanyalah merupakan suatu janji, janji bukannya suatu kepastian, hanyalah janji, sesiapa pun boleh berjanji, kerana ianya bukan sesuatu yang pasti. itulah takrif janji BN!)


Katanya, pembayaran pendahuluan pampasan itu membabitkan jumlah keseluruhan RM5 juta.


“Untuk baki pampasan, kita telah bersetuju untuk membayar pada harga RM160,000 seekar (0.4 hektar) apabila tanah dibangunkan. Ingat tu, apabila tanah itu dibangunkan, baru bayar, kesiannya peneroka-peneroka itu.


Hadir sama Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurut Najib, sebagai permulaan, bekas peneroka tersebut akan menerima bayaran pendahuluan RM49,000 dalam bentuk bank draf, manakala RM1,000 lagi dalam bentuk tunai.

KOMEN: ADA DUIT TAK NAK BAYAR DUIT TU? Sedangkan konstabel polis pun masih menerima elaun rekrut, bukannya gaji sebagai seorang konstabel polis! Aduhai Najib, Najib!


2010/04/24

HULU SELANGOR: Datuk Seri Najib Razak mahu penduduk Hulu Selangor membuat perubahan dengan memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor esok.


Saya nak (menang) sebab Selangor penting... sebab itu perubahan mesti berlaku dan perubahan pertama pada 25 April ini untuk sokong BN. “Kita ada potensi besar menang sebab itu saya hendak mandat kerusi di kawasan Hulu Selangor kali ini dan saya akan pastikan semua janji kita dipenuhi,” katanya ketika beramah mesra dengan lebih 1,000 masyarakat Cina di pekan Hulu Yam Barat, di sini semalam.


Pada masa sama, Najib mengumumkan peruntukan RM90,000 untuk pembinaan jalan dan longkang ke tanah jirat baru Kwang Tung di Hulu Yam Lama (sekarang dikenali sebagai Hulu Yam Barat).

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta calon BN, P Kamalanathan dan isteri, S Shobana.


PRESIDEN MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berucap ketika bertemu pengundi cina di Hulu Yam Baru, turut keilihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan calon Barisan Nasional Kamalanathan sempena Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PRESIDEN MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berucap ketika bertemu pengundi cina di Hulu Yam Baru, turut keilihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan calon Barisan Nasional Kamalanathan sempena Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah


Komen: Kalau tak ada PRk ini, jawabnya tiadalah peruntukan RM90,000 untuk pembinaan jalan dan longkang ke tanah jirat baru Kwang Tung di Hulu Yam Lama (sekarang dikenali sebagai Hulu Yam Barat) tersebut. Nasib baik ada PRK, barulah dapat. Itulah BN punya tabiat!