Thursday, May 13, 2010

PRK SIBU

Masyarakat Cina, Melayu Sibu dapat durian runtuh


2010/05/13

NAJIB diiringi calon BN, Robert Lau  (kiri) bersalaman dengan pengurusan sekolah dan guru  pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik di Sibu, semalam.
NAJIB diiringi calon BN, Robert Lau (kiri) bersalaman dengan pengurusan sekolah dan guru pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik di Sibu, semalam.

PM lulus segera peruntukan pertingkat kebajikan penduduk

SIBU: Masyarakat Cina dan Melayu di sini menerima ‘durian runtuh’ apabila Datuk Seri Najib Razak yang tiba untuk lawatan rasmi dua hari bermula semalam, meluluskan segera peruntukan bagi kepentingan kedua-dua kaum itu.


Bagi masyarakat Cina, Perdana Menteri bukan saja meluluskan peruntukan RM18 juta untuk 65 sekolah bantuan Cina dan dua sekolah kebangsaan di bandar ini, malah menyerahkan terus cek itu pada satu majlis, petang semalam.


Pada satu majlis lain di Masjid An Nur, malam tadi, Najib mengumumkan sumbangan Kerajaan Persekutuan dan negeri berjumlah RM6.6 juta bagi kebajikan masyarakat Islam termasuk bagi pembinaan dua masjid baru.

Hari ini, masyarakat Iban akan menerima kunjungan Perdana Menteri apabila menghadiri majlis mesra bersama mereka di Rumah Panjang Sebastian Onggoh, Pasai Besar di Jalan Teku Sibu.

Bagi masyarakat Cina, peruntukan terbesar berjumlah RM10 juta diberikan kepada 60 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C); RM5 juta untuk lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, SMJK (C); RM2 juta lagi bagi membina bangunan baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan (SMK) Sacred Heart dan RM1 juta untuk membiayai pembinaan bangunan baru Sekolah Kebangsaan St Mary.

Pengumuman Najib yang dibuat pada majlis ramah mesra dengan United Association of Chinese Secondary School (UACSS) dan United Association of Chinese Primary Aided School (UACPAS) disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan 1Malaysia daripada lebih 2,000 warga pendidik yang hadir.

Najib berkata, beliau tidak perlu meyakinkan masyarakat Cina mengenai kepentingan pendidikan kerana beliau sedar bagi kaum Cina pendidikan adalah segala-galanya dan kaum itu sanggup mengorbankan apa saja demi pendidikan.

"Tetapi anda (sekolah Cina) juga perlukan bantuan kerajaan. Apakah saya tidak betul?. Biar saya tanya anda ini, siapakah kawan sebenar pendidikan Cina di negara ini.

“Ketika saya Menteri Pelajaran pada 1996, apabila Akta Pelajaran dipinda, saya mengambil risiko politik ketika itu dengan menggugurkan Seksyen 21(2) untuk menjadikan Sekolah Cina sebagai Sekolah Kebangsaan," katanya ketika berucap pada majlis itu, yang turut dihadiri calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew


Kaum Iban dapat 'ole-ole' kerajaan


Muhyiddin Yassin melambai tangan kepada penduduk kampung ketika meninjau Rumah Panjang Baseh ketika program bersama masyarakat Iban di Bawang Assan, Sibu, semalam.


SIBU 13 Mei - Jika semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 'ole-ole' untuk kaum Cina Sibu, hari ini timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan habuan untuk kaum Iban sebagai bukti mereka dihargai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Peruntukan sebanyak RM926,200 bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan masyarakat di kawasan majoriti kaum Iban itu diumumkan oleh Muhyiddin di Bawang Assan di sini.

Beliau berkata, peruntukan yang diluluskan Perdana Menteri itu termasuk RM500,000 bagi menaik taraf laluan papan di 29 rumah panjang dan bantuan kewangan RM600 bagi setiap daripada 527 keluarga Iban di situ.

Selain itu, RM60,000 diluluskan bagi membaiki sebuah dewan badminton dan RM50,000 bagi membaiki sebuah gereja Methodist yang terletak berhampiran rumah panjang tersebut.

''Semua peruntukan ini akan disalurkan dalam beberapa hari lagi. Kita (kerajaan BN) buat apa yang kita cakap dan kita tunaikan apa yang kita janji," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Rakyat bersama Masyarakat Iban di Rumah Panjang Baseh, Kampung Bawang Assan dekat sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dan Tuai Rumah, Baseh Jelian.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan juga sanggup menubuhkan taman didikan kanak-kanak (tadika) di rumah panjang itu dan melantik tenaga pengajar dari kawasan itu.

''Di Sarawak kita sudah memilih empat prasekolah untuk ditempatkan di rumah panjang. Semua yang kita lakukan ini bukan kerana pilihan raya, tetapi berdasarkan keperluan dan kita sediakan," kata beliau.

Semasa berucap pada majlis tersebut, kemenangan skuad badminton negara menentang skuad Denmark menjadi perhatian kerana ketika itu ada permintaan penduduk rumah panjang untuk kerajaan menyalurkan peruntukan membaiki gelanggang badminton.

''Nasib baik Hafiz menang, kita mahu semangat seperti Hafiz di rumah panjang ini dan kita luluskan RM30,000 untuk membaiki gelanggang badminton di rumah panjang ini," kata beliau disambut tepukan gemuruh.

Beliau sehubungan itu menasihatkan penduduk di rumah panjang tersebut untuk menentukan masa depan mereka dengan memilih calon yang berkeupayaan daripada parti yang terbukti membantu mereka.

''Kita ini sudah berusia, saya dalam dua hari lagi akan menyambut ulang tahun ke-63. Apa yang penting ialah masa depan anak-anak kita. Janganlah tuan-tuan memilih parti untuk diri sendiri, tapi pilihlah parti untuk masa depan anak-anak," jelas beliau.


Lulus RM500,000

Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/05/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SIBU: Penantian penghuni Rumah Panjang Baseh untuk menikmati kemudahan lebih selesa akhirnya tercapai apabila kerajaan bersetuju meluluskan beberapa peruntukan termasuk RM500,000 kepada 29 rumah panjang bagi memperbaiki kerosakan pelantar pejalan kaki berkuat kuasa serta-merta.

Berita gembira itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sesi lawatan ke rumah terbabit petang semalam selepas melihat beberapa masalah yang dihadapi penduduk.


Muhyiddin berkata, beberapa pemimpin rumah panjang mengadu masalah kepada beliau untuk meminta menyelesaikan masalah dihadapi dan kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan.


“Apabila tiba di sini (di Sibu), saya melihat mereka memerlukan kemudahan bukan saja penduduk di Bawang Assan, tapi juga di kawasan lain. Kebanyakan masalah dihadapi hampir sama.


“Jadi, keputusan kerajaan buat (dengan meluluskan peruntukan ini) supaya keadaan penduduk rumah panjang di sini dan di tempat lain berada dalam keadaan lebih selesa.


“Kita sudah melantik beberapa syarikat yang akan mulakan kerja dalam tempoh beberapa hari lagi supaya ia siap seberaap segera,” katanya ketika berucap pada sesi pertemuan dengan pengundi di Bawang Assan sambil diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.


Dalam ucapan itu, beliau turut mengumumkan sejumlah RM316,200 peruntukan bagi membantu 527 keluarga rumah panjang dengan kadar RM600 setiap satu berkuat kuasa segera.


Beliau turut menghulurkan bantuan sejumlah RM50,000 kepada sebuah gereja yang terletak sekitar rumah panjang terbabit.


“Ini sebahagian daripada usaha kerajaan kerana kita tidak sekadar bercakap sebaliknya melaksanakan kerja membantu rakyat. Lagipun, ini sebahagian saja kalau kita melihat ada lagi peruntukan diperlukan termasuk membaik pulih dewan badminton,” katanya sambil mengumumkan bahawa sejumlah RM60,000 diperlukan untuk membaik pulih dewan berkenaan.

Beliau berkata, demi melihat masa depan penghuni rumah panjang terjamin, kerajaan bersedia menghulurkan bantuan termasuk mewujudkan kelas tadika dan prasekolah.


“Saya hendak beritahu kalau di sini memerlukan kelas tadika atau kelas prasekolah, saya akan bangunkan di rumah ini. Kita akan bina di mana lokasi yang dianggap sesuai.


“Untuk itu, anak kita yang berusia antara empat dan lima tahun, mereka akan dihantar belajar di sini. Begitu juga tenaga pengajar, kalau mereka boleh menjadi guru dan didapati layak, kita boleh bayar gaji kepadanya,” katanya



Persatuan Ibu Tunggal Sibu dapat RM100 ribu

15/05/2010 11:09am

SIBU 15 Mei - Persatuan Ibu Tunggal Sibu mendapat peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi membantu ahli-ahlinya membuka perniagaan untuk menjana ekonomi keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, persatuan itu yang mempunyai lebih seribu orang ahli akan menerima bantuan peruntukan tersebut dalam tempoh dua minggu. - Utusan

Hampir seluruh anggota Kabinet Persekutuan turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat

SALAM PERUBAHAN KAPADA WARGA P212 SIBU , SALAM PERJUANGAN KPD REFORMIS-REFORMIS, SALAM AMAR MAKHRUF NAHI MUNGKAR SAHABAT-SAHABAT YG DIKASIHI DAN DIMULIAKAN...ESOK WARGA SIBU YG MENDAFT5AR SBG PENGUNDI AKAN MENGELUAR MENGUNDI...MRK DIBERI DUA PILIHAN..UNDI KERANA WANG ATAU UNDI UNTUK PERUBAHAN.....

Penduduk di Sibu tidak pernah menyaksikan hampir seluruh anggota Kabinet Persekutuan turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat, termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu-Melanau.


Mereka hairan mengapa lebih daripada 20 orang anggota kabinet perlu turun padang untuk menumbangkan hanya seorang calon DAP? Begitu kuatkah pengaruh pengerusi DAP Sarawak itu sehingga perdana menteri perlu turun ke bandar Foochow ini sebanyak tiga kali dalam tempoh yang relatif singkat. Itu belum lagi mengambil kira jumlah ahli politik dan menteri Sarawak, serta seluruh instrumen dan agensi kerajaan yang terpaksa dikerah untuk memujuk dan menundukkan pengundi di Sibu.

Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) di kawasan yang mempunyai 54,695 pengundi ini. Meskipun dikuasai mendiang Datuk Robert Lau, mantan Timbalan Menteri Pengangkutan dari parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selama lima penggal sejak 1990, namun majoriti yang dimenanginya pada 2008 tidaklah begitu menggembirakan.

BN sedar akan risiko yang bakal ditanggung jika mereka tidak bekerja keras untuk menggerakkan seluruh jentera pilihan raya kali ini. Itulah sebabnya, segala langkah diambil untuk memujuk pengundi agar menyokong calon SUPP Robert Lau Jr.


Setiap kaum mempunyai rungutan dan masalah masing-masing. Sebahagian besar daripada 8,665 pengundi Iban di rumah panjang kecewa kerana kerajaan BN dipersepsi meminggirkan mereka. Jika tidak, bagaimanakah sesudah lebih 45 tahun merdeka, masih ada yang merungut BELUM LAGI menikmati bekalan air bersih, elektrik dan jalan berturap. Iban hidup melarat


Menteri Persekutuan yang berjumpa dengan pengundi yang sebahagiannya miskin dan papa kedana terkejut melihat keadaan rumah panjang yang daif dan kehidupan sebahagian orang Iban yang melarat. Melayu-Melanau di kawasan DUN Nangka pula kecewa dengan sikap wakil rakyat sehingga gagal memahami aspirasi dan masalah mereka.

Manakala 36,494 pengundi Cina pula mempunyai persepsi yang negatif terhadap dasar kerajaan yang dianggap tidak adil sehingga merugikan mereka dari segi pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan di sektor swasta. Bagi mereka, kerajaan menganggap mereka seolah-olah anak tiri meskipun tinggal di bawah rumah yang sama.

Pada pillihan raya kecil parlimen Sibu sekurang-kurangnya 60 peratus daripada mereka dijangka menyokong DAP. DAP dilihat berani, lantang dan mampu menyuarakan kepentingan dan masalah mereka.

SUPP pula, yang dibelenggu oleh masalah dalaman yang belum selesai, dianggap gagal menyelesaikan masalah mereka. Malah, parti Cina Sarawak itu dikatakan tidak berani membangkitkan isu dan masalah yang dianggap sensitif, kerana takut menyinggung perasaan Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, yang telah berkuasa selama 29 tahun.

Tidak hairanlah, antara kata-kata yang terdapat di kain rentang di bandar 270,000 penduduk ini ialah 'Undi SUPP = Undi Taib'. DAP menyifatkan kepemimpinan Taib semarak dengan nepotisme, kronisme dan penyelewengan, khususnya dari segi agihan sumber kekayaan negeri.

Pengundi Cina sebanyak 66.7 peratus sudah mendahului rakan mereka di Semenanjung dari segi pola pengundian. Pada pilihan raya negeri 2006, enam kerusi SUPP terlepas ke tangan DAP kerana isu kenaikan harga minyak dan isu tanah yang dianggap merugikan mereka.

Masalah banjir
Mereka kecewa dengan kerajaan kerana gagal menangani masalah banjir di Sibu. Banjir kerap melanda bandar ini setiap kali hujan lebat. Bagi memujuk hati pengundi, sebanyak RM300 juta diperuntukkan untuk melaksanakan projek tebatan banjir.


Manakala isu ketiadaan universiti ditangani dengan rancangan untuk menaikkan taraf Kolej Laila Taib menjadi kolej universiti menjelang 2012. Tetapi DAP mengkritik SUPP kerana menjual kolej itu kepada pihak Yayasan Sarawak dengan harga RM1, tanpa mempedulikan perasaan dermawan Cina yang telah menyumbang kepada kewujudan kolej itu.

Kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana, serta puluhan menteri dan timbalan menteri Persekutuan dan negeri, untuk menyelesaikan masalah rakyat menimbulkan pertanyaan. Mengapakah masalah berkenaan seolah-olah hanya cuba diselesaikan menjelang pilihan raya?

Mengapakah kerajaan BN kelihatan begitu bermurah hati waktu berkempen? Namun sejauh manakah projek mi segera dan penyelesaian ala bomba memadamkan kebakaran itu, berjaya memujuk pengundi? Dalam tempoh 10 hari lalu, beratus-ratus juta ringgit nilai projek diumumkan bagi memujuk rakyat.


Melayu-Melanau kecewa

Alangkah hausnya pengundi di Sibu ini terhadap projek pembangunan walaupun slogan politik pembangunan Taib telah didendangkan sekian lama. Hakikatnya, meskipun pengundi Iban dan Melayu-Melanau kecewa, mereka tetap merupakan pendukung kuat BN.

Dengan rekod yang tidak memihak kepada pembangkang dalam pilihan raya kecil selama ini dan sikap pengundi Bumiputera luar bandar yang begitu setia kepada kerajaan, dijangka sekitar 75 peratus daripada 40 peratus keseluruhan pengundi Bumiputera akan tetap menyokong BN.


BN begitu berjaya membenamkan ke dalam minda pengundi terbabit konsep kebergantungan sehingga minda mereka tertawan oleh BN. Golongan ini ialah pengundi tegar yang menganggap politik pembangunan masih relevan.

Politik pembangunan masih lagi mengambil tempat utama di kawasan Sibu ini, ketika mereka masih lagi memerlukan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, api dan jalan berturap. Sedangkan bagi pengundi Cina di bandar, isu berkaitan sudah lama diselesaikan.


Pengundi Cina lebih selesa bercakap tentang isu tadbir urus yang baik, ketelusan, rasuah, ekonomi, pendidikan dan isu nasional yang lain. Bagi pengundi Bumiputera di rumah panjang, isu ini terlalu abstrak dan tidak meninggalkan sebarang kesan.


Bergelut untuk hidup
Bagaimankah Pakatan Rakyat dapat mempengaruhi pengundi terbabit ketika sebahagian mereka masih bergelut untuk hidup? Kemiskinan dan kesukaran mencari pekerjaan di Sibu-lah yang menjadi punca anak muda mencari peluang pekerjaan sejauh Singapura dan Kuala Lumpur. Siapakah yang mahu memerah tulang empat kerat di ladang kelapa sawit dengan gaji kurang RM20 sehari? Hanya buruh asing terutama dari Indonesia yang sanggup melakukannya.


Ketiadaan golongan muda di Sibu menguntungkan BN, kerana rata-rata, kerana pendidikan dan pendedahan kepada media alternatif, mereka menjadi anti-BN. Jentera BN terlalu hebat untuk dilawan oleh Pakatan Rakyat. Laporan media tidak memihak kepada mereka, apatah lagi tiga akhbar tempatan dikaitkan dengan keluarga calon SUPP, saya meramalkan DAP akan memenangi kerusi P212 Sibu esok dgn majoriti antara 350 ke 500 undi...sahabat-sahabat pula meramalkan siapa yg menang dgn jumlah majoriti berapa....Mlm ini DS Najib turun lagi ke Sibu untuk kali ketiganya...belum pernah dlm sejarah pilihanraya kecil PM turun berkempen dgn begitu agresif sampai turun untuk kali ketiga.....gambaran betapa gerun dan kecutnya umno/bn kini....



No comments:

Post a Comment